Majlis Graduasi 2019 bagi Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet
25 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 24 Februari 2019 telah berlangsung Majlis Graduasi bagi Program Pembangunan Latihan Usahawan Berprestasi Tinggi Pusat Internet Urban Poor – Kuala Lumpur dan Selangor. Majlis ini dibuat bagi memberi penghargaan kepada kesemua petugas Pusat Internet yang telah berjaya menghabiskan kesemua modul yang perlu dipelajari bermula dari awal tahun 2017 sehingga 2019. Program ini juga telah dianjurkan oleh Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan kerjasama dari Nera Malaysia.
Antara Modul-modul yang telah dipelajari adalah seperti Perancangan Strategik – Business Model Canvas, Pembangunan Flyers/ Poster, Pengurusan Kewangan Berkesan, Pemasaran Perkhidmatan, Pemasaran Media Sosial, Pengurusan Kewangan Berkesan dan sebagainya. Modul ini adalah bersesuaian untuk petugas Pusat Internet memberi latihan kepada komuniti setempat dah mewujudkan lebih ramai usahawan yang berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: